24 December 2009

panadol kotak merah

dikala waktu demam aku teringat akan seseorang. insan yang molek, penyayang yang di anugerahkan tuhan. bukan awek. dialah yang dipanggil mama. dulu, ketika zaman-zaman sebelum masuk universiti, bila aku sakit dialah yang merawat aku. dialah doktor bagiku. dia menjaga aku sebaik-baiknya. aku tidak akan cari doktor lain selain daripada dia. walaupun aku bukan jenis yang suka menelan ubatan. dia tetap tegar menyuruh aku menelannya. dia juga menyapukan kain basah di dahi ku sambil memicit-micit kepala ku. lakuannya penuh kasih sayang dan keikhlasan. bubur dan sambal ikan bilis menjadi kegemaran aku ketika waktu uzur begini. dia faham keinginan aku waktu ini. disertakan sekali ubat setelah selesai menjamah. aku rindu kenangan itu.

kini aku demam lagi, aku terlantar diatas katil menjamah sisa-sisa waktu untuk pulih. keseorangan. tiada siapa peduli dan tiada siapa yang ingin ambil tahu. aku hanya merenung nasib diatas katil yang tilamnya sudah melengkuk akibat terlalu lama berbaring diatasnya. mungkin aku mati pun tiada siapa yang perasan atau sedar. tiada siapa peduli dan tiada siapa yang ingin ambil tahu. aku bukan artis mahupun sesiapa yang hebat inginkan sanjungan. aku cuma insankecil ciptaan tuhan yang ingin juga merasa apa itu erti sahabat sebenar? aku tidak pernah merasa erti itu. adakah itu sebenarnya erti sahabat sebenar? tetapi aku lihat orang lain bukan sepertimana aku. mungkin sikap dan akhlak aku yang tidak terpuji seperti orang lain. tiada siapa peduli dan tiada siapa yang ingin ambil tahu.

sudah tentu akan ku balas jasa ibu dan ayah kelak. semakin meningkat usia semakin itulah aku terasa jauh dengan mereka akibat kesibukan duniawi. jangalah kita lupa jasa-jasa mereka yang berpenat lelah membesarkan kita. carilah waktu walaupun secebis minit untuk bertanyakan khabar mereka yg merindui kita selalu. sekarang dah terbalik sibuk ada sesetengah pelajar mencari waktu untuk pasangan mereka, setiap hari bertanyakan khabar pasangan. pasal ibubapa langsung tidak kisah, sebulan sekali baru nak bertanyakan khabar itu pun dah kira diskaun, ada yang lebih teruk setahun sekali. kalau pasangan dia sibuk nak tahu, kalau boleh setiap saat. fikir-fikirlah.


aku bukanlah mawi tetapi aku suka akan sawi



haish..ngantukla pula...

2 comments:

AnAk iBu said...

lorh..shafakallah..

mestilah kena balas jasa ibu ayah kan..
ak pon rindu ibu gak..:(

Lynn Zafirah said...

kawan baek, be strong! ;))