06 December 2010

berhabuk

blog ini telah berhabuk setelah sekian lamanya sepi tanpa penulisan.

Selamat Menyambut Awal Muharam







25 April 2010

hati-hati

perjalanan aku masih panjang, terlalu jauh untuk aku ungkapkan. mungkin juga tidak terungkap. perjalanan ini penuh dengan persimpangan-persimpangan yang mampu menangguhkan perjalanan aku. lebuhraya ini tiada terdapat dalam pemikiran kita. sungguh menakutkan. berlubang-lubang, jalannya juga tidak rata, berbukit, sekelilingnya lapang tiada satu pun tumbuhan, satu arah ( tiada siapa yang dapat berpatah balik ). dihujungnya terdapat cahaya yang sangat silau hingga tidak nampak akan isinya. lebuhraya kehidupan ini penuh dengan manusia-manusia yang sama destinasinya denganku. dihiasi dengan cahaya hati. ada yang laju berjalan akibat cahaya yang sungguh terang, ada saja aku nampak yang terbabas kemalangan akibat kegelapan, ada saja yang tidak berganjak daripada perhentian disetiap persimpangan itu akibat tidak nampak jalan yang sebenar. aku pula masih bergerak perlahan di tengah-tengah lebuhraya manusia berterangkan cahaya yang kecil dan malap. mencari kemana sebenarnya arah tujuku? kemana harus aku dapatkan cahaya yang terang untukku menempuh laluan yang gelap gelita ini? sampaikah aku kepenghujung jalan ini?

ada yang sudah berjaya melepasi mimpi ngeri ini. mereka semua hidup dalam cahaya. ternyata mereka lebih jelas arah tujunya disebalik penghujung cahaya itu.

22 April 2010

malu

" saya bangga menjadi seorang muslin kerna agama ku adalah suci..." , itulah kata yang sering kita dengar ramai orang ungkapkan. ya! memang islam itu agama yang suci. islam itu benar. memang benar kata-kata itu. tapi apakah kita sedar yang kamu seakan memalukan diri kamu sendiri dengan berkata begitu namun kamu masih lagi tidak menutup aurat? tidak menjaga batas-batas dalam islam. tidak guna cakap begitu kalau masih mengikut telunjuk nafsu dan masih lagi jahil tentang agama. agama lain tersengih panjang melihat perangai umat-umat islam sendiri. macam mana mereka hendak tertarik pada islam pabila mereka sendiri melihat kita masih bercelaru.

sebaiknya, kita seiring dengan apa yang kita cakapkan. barulah lebih tepat dan padat. bukan hanya bercakap dibibir dan perbuatannya langsung tidak pernah kita buat. sering bermaksiat. belum terlambat untuk kita berubah. Allah senantiasa menanti hamba-hambaNya untuk merayu, tunduk dan menangis teresak-esak meminta keampunan dariNya. janganlah kita mahu menunggu sehingga matahari terbit di ufuk barat kerna pada masa itu pintu-pintu taubat semuanya telah terkunci.

05 February 2010

tawaran !!

aku sekarang sibuk menternak binatang halus. binatang ini sesuai untuk kita pelajar-pelajar yang selalu sibuk. sesiapa yang berminat untuk membelinya bolehlah PM atau email aku. ternakan aku dalam pembiakan. mereka semua sihat dan gemuk-gemuk.

berikut adalah info pasal binatang ini ;

Nama Spesis
: Trojan-Spy.Win32.Ardamax.cve
Nama manja : trujan
Asal : dari Amerika utara
Jantina : tidak dikenalpasti
Cara mengenalpasti : alat pengesan binatang ini akan mengeluarkan pemberitahuan berwarna merah akan kehadirannya
Cara menjaga : tidak apa yang perlu dirisaukan. binatang ini tidak makan dan minum seperti binatang-binatang lain. yang penting anda terus menternak mereka hingga bilangannya bercambah. lagi banyak komuniti mereka lagi kuatlah mereka. jangan bagi apa-apa immuniti terhadap mereka dalam kandang mereka kerana ini akan membantutkan pembesaran binatang ini
Kos penjagaan : tiada. jimat bukan?
Kelebihan : cukup hebat menangkis segala serangan. berani. licik dan bijak. degil (kena banyak bersabar kalau ingin menternaknya)
Kesan menternak : hidup anda tidak keruan kerana asyik memikirkan binatang ini. boleh teringat-ingat hingga dalam mimpi
Sebab ingin jual : terlampau banyak sangat. kandang sudah sempit untuk menampung bilangan mereka
Nasihat penjual : binatang ini ternyata tidak memerlukan kos yang tinggi untuk diternak. namun para pembeli kenalah betul-betul menyayangi mereka. sesungguhnya mereka binatang yang kecil yang memerlukan penuh kasih sayang. jagalah mereka sebaiknya. mereka mempunyai perasaan..


menurut gambaran pak google.



*p/s : pembeli yang serius sahaja akan dilayan... harga boleh ditawar. untuk pelajar ada diskaun. sila sebarkan kepada rakan-rakan lain.

31 January 2010

nescaya

kehidupan itu sementara,
jangan disia-siakan kehidupan,
isilah dengan iman dan taqwa,
nescaya terang masa hadapan.


malam itu indah jika ada gerdipan bintang,
lagi indah kalau disertakan dengan bulan,
janganlah dikau gelapkan hati yang terang,
nescaya malaplah kehidupan.


burung juga pandai bernyanyi,
mungkin itu zikir mereka kepada tuhan,
ayuh menginsafi diri,
nescaya tuhan itu termaha pengampun.


yang hijau tiada lagi hijau,
lesap semua untuk kepentingan diri,
syukurlah keatas kurniaan yang esa,
nescaya senantiasa kamu tunduk kebumi.


lautan terbentang semua tahu,
siapa tahu akan isinya,
jadilah orang yang berilmu,
nescaya kamu akan dipandang mulia.


titisan air mata membasahi pipi tembam,
ada yang datang dan ada yang pergi,
bangkitlah dari mimpi semalam,
nescaya itu semua dugaanNYA.


peperiksaan sudah dekat,
jalankan tanggugjawab sebagai pelajar,
abaikan hasutan syaitan lahanat,
nescaya kamu cemerlang lerr..


hasil tangan..





23 January 2010

roti canai satu !!


" Mamak roti canai garing satu !! " aku melaung sekuatnya.

" hahaha...hari ini aku nak melantak habis-habisan roti canai kat kedai ni " niat sudah dipasang awal-awal.

bukan senang nak dapat makanan ini maklumlah aku tidak lagi menetap lama di malaysia cuma beberapa bulan saja. nasib baik lulus semua peperiksaan dapat lama sedikit aku cuti.
5minit kemudian....

" roti canai siap !! " jerit si mamak.

woahh..terhidang sudah roti canai yang panas berasap sehingga boleh mengewapkan cermin mata. di cucuk-cucuk dengan garpu ternyata garing. *berbunyi krrikk2 akibat pecahan kulit roti yang keras itu kuahnya dal yang kuning pekat disajikan bersama membuakkan lagi selera yang sekian lama menagih harapan di negara orang. kari ikan juga tidak ketinggalan. beserta juga milo ais.

langsung aku terus membuat koyakkan pertama pada roti itu. ternyata empukan roti itu membuatkan lelehan di bibir. dicecahkan juga bersama kuahnya tadi. sungguh terpesona. bukaan mulut sejak sajian diatas meja lagi sungguh mengharapkan rasanya yang enak. dipejamkan mata aku memperlahankan langkah membawa koyakkan roti itu masuk kedalam mulut. aku cuba menghayati kenikmatan rezki yang tuhan berikan ini. 43saat juga terhabis untuk ini. masuk sudah kedalam mulut.

kunyahan demi kunyahan. langsung tidak memberi kesan pada roti itu. liat. puas digigit sampai boleh menaikkan marah. berpeluh juga. bila dibuka mata rupanya selimut! ternyata yang tadinya dusta. harapan tinggal harapan. keluh!


nasib baik dalam skrin laptop..


aku pejam mata lagi untuk cerita seterusnya pula.....

19 January 2010

.......................

agak lama tidak memperbaharu post di dalam blog ini. tatkala masa kian sibuk dengan kerja kursus yang di sediakan para tenaga pengajar untuk subjek mereka. selepas ini pula aku akan cuba mengalihkan perhatian pada peperiksaan praktikal dan akhirnya peperiksaan akhir. fikiran jadi buntu dek risau memikirkan peperiksaan. aku pun sampai tiada idea untuk membuat post baru. banyak betul kena baca. itulah kehidupan seorang pelajar. kadang-kadang aku tertewas juga dengan syaitan yang mengajak aku untuk menemankan mereka berdua yang sunyi. si gemok dan si kurus. aku ikutkan saja. akhirnya kerana baik sangat aku pun menyesal dengan diri sendiri... sekarang ini pun mereka berjaya menghasut aku! demmm...



ayuh belajar!
serapkan segala nota-nota dalam kepala...


bye-bye syaitan!!