31 January 2010

nescaya

kehidupan itu sementara,
jangan disia-siakan kehidupan,
isilah dengan iman dan taqwa,
nescaya terang masa hadapan.


malam itu indah jika ada gerdipan bintang,
lagi indah kalau disertakan dengan bulan,
janganlah dikau gelapkan hati yang terang,
nescaya malaplah kehidupan.


burung juga pandai bernyanyi,
mungkin itu zikir mereka kepada tuhan,
ayuh menginsafi diri,
nescaya tuhan itu termaha pengampun.


yang hijau tiada lagi hijau,
lesap semua untuk kepentingan diri,
syukurlah keatas kurniaan yang esa,
nescaya senantiasa kamu tunduk kebumi.


lautan terbentang semua tahu,
siapa tahu akan isinya,
jadilah orang yang berilmu,
nescaya kamu akan dipandang mulia.


titisan air mata membasahi pipi tembam,
ada yang datang dan ada yang pergi,
bangkitlah dari mimpi semalam,
nescaya itu semua dugaanNYA.


peperiksaan sudah dekat,
jalankan tanggugjawab sebagai pelajar,
abaikan hasutan syaitan lahanat,
nescaya kamu cemerlang lerr..


hasil tangan..





23 January 2010

roti canai satu !!


" Mamak roti canai garing satu !! " aku melaung sekuatnya.

" hahaha...hari ini aku nak melantak habis-habisan roti canai kat kedai ni " niat sudah dipasang awal-awal.

bukan senang nak dapat makanan ini maklumlah aku tidak lagi menetap lama di malaysia cuma beberapa bulan saja. nasib baik lulus semua peperiksaan dapat lama sedikit aku cuti.
5minit kemudian....

" roti canai siap !! " jerit si mamak.

woahh..terhidang sudah roti canai yang panas berasap sehingga boleh mengewapkan cermin mata. di cucuk-cucuk dengan garpu ternyata garing. *berbunyi krrikk2 akibat pecahan kulit roti yang keras itu kuahnya dal yang kuning pekat disajikan bersama membuakkan lagi selera yang sekian lama menagih harapan di negara orang. kari ikan juga tidak ketinggalan. beserta juga milo ais.

langsung aku terus membuat koyakkan pertama pada roti itu. ternyata empukan roti itu membuatkan lelehan di bibir. dicecahkan juga bersama kuahnya tadi. sungguh terpesona. bukaan mulut sejak sajian diatas meja lagi sungguh mengharapkan rasanya yang enak. dipejamkan mata aku memperlahankan langkah membawa koyakkan roti itu masuk kedalam mulut. aku cuba menghayati kenikmatan rezki yang tuhan berikan ini. 43saat juga terhabis untuk ini. masuk sudah kedalam mulut.

kunyahan demi kunyahan. langsung tidak memberi kesan pada roti itu. liat. puas digigit sampai boleh menaikkan marah. berpeluh juga. bila dibuka mata rupanya selimut! ternyata yang tadinya dusta. harapan tinggal harapan. keluh!


nasib baik dalam skrin laptop..


aku pejam mata lagi untuk cerita seterusnya pula.....

19 January 2010

.......................

agak lama tidak memperbaharu post di dalam blog ini. tatkala masa kian sibuk dengan kerja kursus yang di sediakan para tenaga pengajar untuk subjek mereka. selepas ini pula aku akan cuba mengalihkan perhatian pada peperiksaan praktikal dan akhirnya peperiksaan akhir. fikiran jadi buntu dek risau memikirkan peperiksaan. aku pun sampai tiada idea untuk membuat post baru. banyak betul kena baca. itulah kehidupan seorang pelajar. kadang-kadang aku tertewas juga dengan syaitan yang mengajak aku untuk menemankan mereka berdua yang sunyi. si gemok dan si kurus. aku ikutkan saja. akhirnya kerana baik sangat aku pun menyesal dengan diri sendiri... sekarang ini pun mereka berjaya menghasut aku! demmm...



ayuh belajar!
serapkan segala nota-nota dalam kepala...


bye-bye syaitan!!