24 November 2009

jimat

Tamat sudah peperiksaan. minggu cuti pula kian menjelma. namun perancangan masih belum jelas. otak masih memikirkan kesalahan-kesalahan menjawab soalan semalam. bagaimana harus aku tempuh hari-hari percutian nanti? apa yang akan aku lakukan? sedangkan ramai sudah bersiap sedia berangkat ke luar negeri. mungkinkah aku disini keseorangan. sinai? luxor? turkey? london? spain? err?? kemana mahu pergi bercuti? kosnya agak tinggi semuanya. aku terlalu berjimat!

hmm..


tengah fikir...



duduk rumah?



rumahku syurgaku....


bagus juga! aku boleh menelaah satu lagi subjek 'simple' untuk peperiksaan selepas cuti ini. aku mahu skor tinggi-tinggi untuk ini. kerana exam aku yang lepas teruk. sangat. disini pun apa kurangnya. masih banyak tempat yang aku belum terokai disini. mungkin aku akan pergi kesalah satu tempat di bawah ini. kita hanya merancang tuhan menentukan....

tempat-tempat menarik disini :

masjid jamek ibrahim

ibarat collessuem

tempat mengulangkaji firaun suatu ketika dulu *dah lama mahu pergi tapi tiada rezki..

istana peninggalan Raja Farouk

kubu kuat tentera zaman dahulu kala

jalanraya paling sistematik disini. sentiasa lancar. pantai yang cantik.indah dan permai. baunya yang nyaman pasti memikat ramai pelancong di seantero dunia.

kesan tapak istana firaun

monumen Sultan Pasha, pemerintah teragung suatu ketika dahulu

lihat! pantai yang cantik dan bersih. tiada langsung sisa-sisa sampah atau minyak.

pengangkutan tercanggih disini. sungguh pantas dan padat.



14 November 2009

meriah

pagi ini mereka bangun dengan penuh harapan. sejak semalam lagi mereka semua telah berkumpul ke ibu negara mereka semata-mata untuk memberi sokongan padu kepada pasukan tanah air mereka menentang algeria. kemenangan malam ini memberi peluang untuk pasukan mereka layak untuk ke piala dunia tahun depan. lengang jalan raya pagi ini yang selalunya penuh dengan besi beroda empat. perasaan aku memang aneh pagi ini. penduduk-penduduk dibandar ini berkurangan. mungkin mereka semua berkampung disana. *maknanya hari ini aku awal ke kuliah.

petang pula selepas tamat waktu kuliah. pulang aku kerumah. dijalanan berselerakan bendera 3 jalur merah putih hitam. beberapa buah kereta siap dipasangkan bendera tersebut. kompang rebana semua telah berbunyi. jalan mula sesak. semua berpusu-pusu ke warung ataupun ke pusat sukan bagi menyaksikan perlawanan penting malam ini. saat inilah yang mereka nantikan selama ini. semua orang bergerak pantas. tv dirumah sudah mula di buka. mereka cukup fanatik. hidup bola mati bola. pemuda-pemuda juga sudah mula mengenakan jersi pasukan mereka.

malamnya sudah tiba. mereka masih lagi berpusu-pusu ke tempat yang dijanji. agak sesak sedikit. stadium di ibu negara ini mungkin telah penuh hingga tidak nampak lantai stadium. kereta-kereta juga memainkan peranan dalam memberikan sokongan. hon-hon yang dihasilkan sedikit sebanyak memeriahkan malam walaupun mungkin aku menyampah bunyi tersebut. si baju hitam juga sibuk menjalankan tugas menjaga ketenteraman. heboh malam ini.

perlawanan mula
: minit ke-2 dah gol. pertengahan perlawanan agak perlahan. akhir minit gol lagi. jumlah gol 2-0. algeria hampa. tersentak dengan jaringan pada akhir babak perlawanan.

mereka begitu gembira menyambut kemenangan pasukan mereka. gabungan-gabungan suara mereka menghasilkan gelombang getaran yang kuat. tepukan gemuruh kedengaran. percikan bunga api menceriakan langit gelap. api dinyalakan serta dijulang keudara. manusia disini bagaikan sudah gila. bersorak dan terus bersorak. menjerit sekuat hati. anak tekak bagai mahu terkeluar. semua perasaan menyelinap dalam tubuh mereka. pelajar-pelajar melayu juga tidak kurang hebatnya meraikan kemenangan. berlari-lari dalam rumah. tidak tentu hala. sawan. mungkin kitorang tidak pernah merasai perasaan begini. kerna negara sendiri tidak pernah layak sebegini jauh.
*aku terfikir sempatkah aku merasai perasaan begini untuk tanah air sendiri?






sorakan mereka tidak akan berhenti malam ini.

esok pagi mereka mesti ceria. tersenyum lebar tersembul gigi. dan bermula lagi hari-hari mereka seperti sediakala.



*aku masih malas untuk mengulangkaji...



12 November 2009

jamuan kecil

Cerita bermula selepas isyak apabila kami bekas-bekas pelajar menengah yang sama dahulu berkumpul semula. Temanya adalah bagi jamuan ringkas sempena pemergian seorang sahabat pulang ke tanah air dan tidak akan kembali di sini lagi. Tempat perjumpaan di restoran mewah. sebelum masuk tangan kami perlu disembur. Katanya bagi mengelakkan kuman-kuman yang cuba menyusupi restoran itu. Kami dipelawa duduk oleh seorang perempuan berbaju merah sambil menghulurkan beberapa keping buku aneh. Penuh dengan perkataan-perkataan pelik berserta nilai mereka. Hampir 15minit juga untuk memilih. kami berborak-borak hingga makanan sampai. Makanannya banyak dan besar-besar. Adakalanya burger biasa tidak muat untuk mulut manusia. Dari tadi aku perhatikan abang berkaca mata kehitaman tidak henti-henti bercerita. Aku sungguh taksub akan cerita beliau. Pelbagai jenis cerita beliau sampaikan sehinggakan ke hal ekonomi negara. Kami berborak-borak lagi. Sambil makan. Ada yang kuis-kuis sahaja makanan dia, ada yang separa selara, ada yang berkongsi kentang goreng, ada yang berselera menghabiskan burger, dan ada yang makan dengan tenang *akulah itu..

Kami borak lagi. Air pula sampai. Ada yang hampir tercekik tertelan daging lembu. makanan sudah separuh. Air baru tiba. kami borak lagi. makanan sudah habis begitu juga air. tiba pula penutup selera..kek? aiskrim? aku pun tidak tahu benda apakah itu..tapi benda itu benar-benar membuatkan selera aku tertutup. Kami borak lagi. abang kaca mata masih yang terunggul mengetuai acara borak-borak. suara lantang dan ceritanya yang menarik berjaya memikat bekas-bekas pelajar yang lain termasuk aku. Dalam masa yang sama dua lagi bekas pelajar sekolah menengah dahulu datang. katanya sudah makan. cuma datang untuk berjumpa sahabat.

kami borak lagi. meriah. seronok. gelak tawa. Abang kaca mata terus bercerita tanpa masa menunggu beliau. Seorang wanita mukanya amat letih menanti untuk pulang. Abang kaca mata terpaksa disekat. Abang kaca mata masih mempunyai cerita namun jam telah jauh meninggalkan beliau. Jam 1200malam kami keluar daripada restoran mewah. aku dengar bisik-bisik seorang wanita ala-ala datin memperli kami keluar restoran dengan berplastik. Sebab badan datin tersebut besar dan mampu menghabiskan dua pinggan besar makanan barat. Apa kami peduli. Kami berjalan bersama sembilan orang menuju ke lorong universiti. Disana kami berpecah seperti semut disentuh sarangnya. dan masing-masing mengucapkan selamat tinggal.

terima kasih kepada sahabat yang sudi membelanja kami. diharap semoga sahabat berjaya di sana dan doakan kejayaan kami disini. Tabahkan diri.


*tersenyum-senyum sipu aku teringat kenangan sebentar tadi.




walaupun sekejap perjumpaan kita namun nilainya begitu indah untuk kenangan kita
dimasa depan





aku sangat kekenyangan. mata berat.








*aku patutnya siap semalam blog ni tapi terlena di sofa..maaf

06 November 2009

tolong senyum

Senyum bukanlah sesuatu yang menjijikkan bahkan senyum dapat membantu menceriakan hidup seseorang. Alangkah bahgianya hari kita jika seseorang senyum kepada kita. Tidak kisahlah dari yang ada gigi hingga tiada gigi. senyum merupakan sesuatu tindakan yang mana mulut di tarik oleh pipi sehingga bibir menjadi nipis sedikit. senyum yang ikhlas akan melahirkan perasaan yang indah. muka yang suci. ada pelbagai jenis senyum. ada yang nampak gigi, ada yang bibirnya hingga ke pipi, ada yang senyum ala-ala kambing (mungkin tidak ikhlas ataupun keletihan). pernahkah anda rasa kuasa senyum?? dengan senyum anda dapat berasa ceria, bahgia, dan indah. pelbagai macam lagi perasaan yang akan anda rasa jika senyuman anda dibalasa baik. tetapi jika tidak dibalas oleh orang-orang yang tiada perasaan anda akan mendapat malu, segan, dan adakalanya cacian oleh diri anda sendiri.

Namun pada zaman moden kini mungkin masyarakat lebih memandang pada pangkat dan harta. segak berjalan meninggi hidung. orang-orang disekeliling tidak dihiraukan apatah lagi si peminta sedekah. jika tidak mahu bagi seringgit cukup sekadar senyuman yang diberikan agar si peminta sedekah dapat merasakan indahnya hidup. tidak perlu pun mengeluarkan duit "kamu" yang banyak itu. pernah seketika aku senyum kepada orang-orang bergaji tinggi ini namun jarang sekali senyuman aku dibalas. kebanyakan mereka semua bermasam muka. ketat. dan ada juga yang menunjukkan muka sinis. sekurang-kurangnya pun bagilah sedikit respon baik seperti mengangguk simbolik menyatakan anda terima senyuman itu. aku senyum bukan apa untuk berkongsi kegembiraan dengan semua orang. akhirnya membuatkan mereka dimaki hamun oleh aku dan aku pun emo. sombong,angkuh!. mentang-mentang berkereta mewah, bergaji ribuan, berumah emas. tetapi bukan semuanya begitu! cuma segelintir. ada juga antara mereka yang begitu murah dengan senyuman.

ok. mari berfikiran positif. mungkin mereka ada dalam banyak masalah ataupun letih dek sibuk bekerja mencari duit ataupun mungkin tidak perasan. senyumlah pada sesiapa sahaja, tidak kira kaum, bangsa, agama..tidak salah bukan? mungkin dengan senyuman kita, kita dapat memberi sedikit keceriaan kepada mereka. mungkin pada masa yang sama mereka mengalami masalah ditempat kerja, masalah keluarga, dan sebagainya. jika senyum tidak dibalas tidak apalah. fikir positif saja. dan pandai-pandailah 'cover'.... :)


mari bersenyum dan berkongsi kegembiraan bersama




































indahnya dunia jika semua orang dapat bersenyum dengan gembira...


senyumlah pada dunia pasti dunia akan senyum kembali