21 August 2009

leceh


pada hari ini aku terpaksa mengambil latihan menunggang motosikal yang sekian lama tertangguh dek sibuk menyambung pelajaran.leceh betul rasanya. agak lama menunggu pelatih untuk membenarkan aku untuk menunggang motosikal. pagi yang sunyi cuma 3 orang saja yang ada disitu. suasana sepi dan mengantuk. dan kira-kira 9.00pagi barulah semua murid dibenarkan menunggang motosikal. terketar-ketar kaki kerana lama sudah tidak menunggang motosikal ini. aku mencuba motosikal kawasaki baru yang tidak pernah aku lihat sebelumnya di pusat pengajian ini. agak gembira kerana bukan senang hendak naik motor tersebut. susah nak dapat. belum sempat aku hendak memulakan perjalanan aku dimarahi oleh pelatih yang melihat aku tidak begitu yakin menunggang motor tersebut. perasaan suka menjadi duka kerana hampa tidak dapat menaiki motosikal baru. akhirnya aku hanya menaiki motorsikal lama saja. ber'sukalah' aku selama sejam lebih disitu. hitam kulit. makin masa berlalu makin ramailah yang datang. macam-macam ragam manusia aku lihat. ada yang tenang dan ada yang gelojoh ada yang bodoh-bodoh alang. dalam trek ini pun nak bawa moto laju-laju ke? tidak perlulah nak tunjuk ego anda didalam trek ini. tahulah anda memang hebat menunggang motosikal bak "Valentino Rossi"....konon~ patutla kerap kali berlaku kemalangan walaupun pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi mengatasi masalah ini. tetapi sikap kita sebagai penunggang motosikal yang terburu-buru masih tidak boleh diubah lagi. hati batu! buanglah sikap angkuh anda,tidak perlu menunggang motosikal laju-laju. nak kemana pun kan? saja nak menunjukkan yang anda memang cekap menunggang motosikal yang akhirnya meragut nyawa sendiri. ego memakan diri. semoga sama-samalah kita berubah supaya lebih bersabar dijalan raya. aku pun ada gak bawa laju di jalan. hati-hati.
takziah buat keluarga kawan aku yang kehilangan anaknya akibat nahas jalan raya. al-fatihah


bulatan 8



brek kecemasan

*ada buat semua ini di jalan raya??



motosikal lama


semoga aku lulus ujian JPJ nanti pada 3 haribulan 9 ini. tidak ingin aku membuang masa disini
lagi disamping meluat dengan pak JPJ yang garang dan sombong!
senyumlah sedikit tidak rugi apa-apa pun..




15 August 2009

kenangan

petang yang agak panas tadi menjadi sedikit sejuk dengan bantuan hujan yang turun agak lebat sekarang. gembira sekali bila mendengar setiap kali butiran hujan jatuh pecah ke atap kereta.lame tidak mendengar bunyian itu. sukar di "sana" untuk mendengar bunyi-bunyi bergini. kerana di"sana" memang jarang hujan turun. lagi-lagi bile waktu panas sekarang. jangan harap hujan nak turun. ada pun tekadang kejap saja. tidak bes! "hujan badan" adalah.

hmm..indah betul dapat menghayati suasana hujan sambil menghirup teh yang panas.. melihat keadaan luar rumah yang kebasahan. pokok-pokok melambai bagai gembira menyambut hujan yang turun. aku seperti mau turut serta bersama mereka.



begitu indah engkau hujan!




















oh hujan..mengapa engkau turun? adakah disebabkan katak memanggil kamu?


teringat aku di zaman sebelum matang. waktu-waktu beginilah aku bermain hujan bersama kawan-kawan. dimarah bersama-sama, gelak bersama-sama. senang sekali. sekarang semua sudah tiada di sini. pergi merata tempat untuk menyambung pelajaran. tinggallah aku seorang di sini menghabiskan cuti keseorangan. alangkah indah kalau masa itu dapat aku kembalikan semula. ingin aku bermain sepuas-puasnya jikalau aku tahu aku tidak akan dapat bermain seperti dulu lagi. hmm~ bilakah dapat aku kembalikan masa itu??



seronoknya~~




inilah kereta yang kuyup terkena hujan






sekeluarga ayam pun turut basah menikmati hujan



akibat hujan :


padang basah...so NO FOOTBALL TODAY!!





hmmm.....





. . . . . . . . . . . . . . . .





memikirkan aktiviti apa yang perlu diisi bagi mengisi kekosongan waktu...







terus memikir...






dan....









ZZzzZZzzZzZZ




14 August 2009

masak-masak

sibuk didapur bersama bapak aku. memasak.biasalah orang laki masak mudah-mudah saja dah memadai asalkan dapat makan. walaupun tidak seberapa tapi tetap nice!seronok bersama bapak




inilah hasil kerja kami..

sambal telur ikan bilis hangit, keli goreng, sambal udang & kembong goreng(petang punya)~
*sambal hangit akibat leka dengan nurkasih..




mudah:cepat:kenyang:mesra




makan jela apa yang ada






eerRkKk..syukur
sodap!






kata-kata akhir: sayang bapak!!

haiwan pelik

ingin berkongsi bersama haiwan-haiwan pelik yang jarang ditemui di dunia.sungguh cantik kejadian tuhan

jom saksikan
:



axolotl
macam katun pokemon je~

elephant shrew

star nosed mole
pelik betul~

sloth
binatang terlambat di dunia~

saki monkey
putihnya muka!~

the philipine tarsier
matanya yang bulat~

emperor tamarin
sarjan misai~

proboscis monkey
besar betul hidung akibat terlalu bangga agaknya~

pygmy marmoset
tercekik bijik durian kot~

alpaca
macam al-unta?~

shoebill

aye-aye
seram~

matamata turtle
agak pelik jugak~

slender loris
the cutiest~

sphynx
?


*begitu tertarik dengan slender loris..begitu comel..ingin memiliki ia suatu hari nanti..dapatkah?


huhuhu


13 August 2009

hari pertama

hari ini yang pertama kali blog ini ditubuhkan..tanggal 14/8/2009 bersamaan hari jumaat pada pukul 3.07 pagi


aku harap aku akan terus berusaha meng'update'kan blog ini...



semuanya bermula dari sini.....

*sukarnya hendak melelapkan mata pagi ini






kan seronok kalau dapat tidur..