21 August 2009

leceh


pada hari ini aku terpaksa mengambil latihan menunggang motosikal yang sekian lama tertangguh dek sibuk menyambung pelajaran.leceh betul rasanya. agak lama menunggu pelatih untuk membenarkan aku untuk menunggang motosikal. pagi yang sunyi cuma 3 orang saja yang ada disitu. suasana sepi dan mengantuk. dan kira-kira 9.00pagi barulah semua murid dibenarkan menunggang motosikal. terketar-ketar kaki kerana lama sudah tidak menunggang motosikal ini. aku mencuba motosikal kawasaki baru yang tidak pernah aku lihat sebelumnya di pusat pengajian ini. agak gembira kerana bukan senang hendak naik motor tersebut. susah nak dapat. belum sempat aku hendak memulakan perjalanan aku dimarahi oleh pelatih yang melihat aku tidak begitu yakin menunggang motor tersebut. perasaan suka menjadi duka kerana hampa tidak dapat menaiki motosikal baru. akhirnya aku hanya menaiki motorsikal lama saja. ber'sukalah' aku selama sejam lebih disitu. hitam kulit. makin masa berlalu makin ramailah yang datang. macam-macam ragam manusia aku lihat. ada yang tenang dan ada yang gelojoh ada yang bodoh-bodoh alang. dalam trek ini pun nak bawa moto laju-laju ke? tidak perlulah nak tunjuk ego anda didalam trek ini. tahulah anda memang hebat menunggang motosikal bak "Valentino Rossi"....konon~ patutla kerap kali berlaku kemalangan walaupun pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi mengatasi masalah ini. tetapi sikap kita sebagai penunggang motosikal yang terburu-buru masih tidak boleh diubah lagi. hati batu! buanglah sikap angkuh anda,tidak perlu menunggang motosikal laju-laju. nak kemana pun kan? saja nak menunjukkan yang anda memang cekap menunggang motosikal yang akhirnya meragut nyawa sendiri. ego memakan diri. semoga sama-samalah kita berubah supaya lebih bersabar dijalan raya. aku pun ada gak bawa laju di jalan. hati-hati.
takziah buat keluarga kawan aku yang kehilangan anaknya akibat nahas jalan raya. al-fatihah


bulatan 8



brek kecemasan

*ada buat semua ini di jalan raya??



motosikal lama


semoga aku lulus ujian JPJ nanti pada 3 haribulan 9 ini. tidak ingin aku membuang masa disini
lagi disamping meluat dengan pak JPJ yang garang dan sombong!
senyumlah sedikit tidak rugi apa-apa pun..




No comments: