23 October 2009

periksa

setelah baru je masuk ke kuliah exam juga hampir bermula. blok untuk exam kali ini bertemakan sistem imunisasi. agak sukar apabila dibaca namun apabila di hayati betul-betul tidak lah sesusah yang dijangka. tapi masih susah. buku-buku menebal yang mahal tidak mematahkan semangat bagi kebanyakan pelajar yang mahu menghabiskan menghafal atau untuk memahami setiap perkataan yang terkandung didalam kitab ilmu itu. pelbagai ragam pelik dapat dilihat apabila minggu peperiksaan makin tiba. ada yang terperuk dalam bilik 24jam belajar, ada yang berjaga malam, ada yang berperang menyiapkan nota, ada yang belajar menggunakan internet, dan ada juga belajar bertemankan lalat. tidak kisahlah bagaimanpun cara belajar asalkan dapat memahami apa yang dibaca. namun ada sekelumit juga yang tewas. berpengaruhkan PES, tido, dan ' facebooking'. mungkin agak sukar bagi mereka untuk mendapatkan mood belajar apabila baru sahaja pulang dari tanah air. masih teringat rendang ayam, ketupat, lemang, mee kari, roti canai, teh tarik, dan teman wanita. aku pun sama. mungkin juga tema pelajaran kali ini agak bosan bermotifkan T-lymphocyte, self-antigen, acyclovir, dan berbagai lagi perkataan ganjil. walaubagaimanapun, perlu bagi pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memahami tajuk tersebut dan lulus dalam peperiksaan kelak. ini semua tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. sama-samalah kita doakan untuk semua sahabat untuk terus maju kehadapan dan menjadi seorang doktor muslim kental hebat pada mata masyarakat. bukan saja akademiknya mahupun riadahnya, rohaninya juga perlu ditingkatkan. kita cuma merancang dan DIA yang menentukan. yang pernah gagal jangan putus asa dan teruskan berusaha!! jangan mudah putus asa. kerna islam tidak suka akan orang yang berputus asa.


jadilah seekor semut yang berusaha mengangkat sebutir beras.




19 October 2009

rumahku

sebenarnya sudah terlambat untuk menceritakan tentang rumah baru aku ini tetapi tidak mengapalah bagi mengisi kekosongan ruang blog ini. terletak agak jauh dari universiti menyebabkan ahli-ahli rumah terpaksa bangun awal bagi mempersiapkan diri agar tidak terlambat ke kelas. harga rumah ini amat berpatutan dengan saiz badannya. tidak mahal dan tidak murah. sedang. walaupun jauh namun suasana disini amat seronok kerna agak sunyi daripada gangguan-gangguan liar seperti bunyi kereta yg kuat, tapak kaki kuda, orang main bola dsb. senanglah bagi kitaorang bagi mengulangkaji pelajaran( tidak termasuk aku la sebab aku malas sedikit ). tuan rumah dan jiran-jiran juga baik terhadap kami. mudahlah untuk kitaorang tidak perlu bermasam-masam muka dengan orang-orang di sini. internet pun dapat dipasang dalam masa sehari. mudahkan. alhamdulillah..cuma disini susahsedikit untuk mencari kedai makan, padang, rumah sahabat lain, perempuan cantik, kedai buku dan alat tulis..

senang-senang jemputlah ke rumah!





kebuntuan idea untuk menulis blog~






06 October 2009

'engkau'

pagi yg biasa
bangun menjagakan engkau
yang semalam tidak tidur cukup
namun engkau tidak melayan aku
terus bergelap setelah 15minit aku menanti
aku cuba sekali lagi menjagakan engkau dari tidur
sama
tetap berdegil untuk bangun
bangunlah
banyak kali aku cuba menjagakan engkau semula
mencabut tenaga yang disalurkan ke badan engkau, tutup buka semula
namun engkau tetap sama
gelap tidak berkata apa
hari-hari ku sunyi tanpa engkau

engkau sering menceriakan masa emas aku
engkau sering pertemukan aku dengan kawan lama
engkau sering menjadikan aku seorang jurulatih
engkau sering mengajar aku bermain gitar
engkau sering bercerita kepada aku

bermacam lagi engkau mengisi hidup aku
kini engkau berdiam diri
minta maaf atas segala kekasaran dan kelalaian aku terhadap engkau
kini engkau sakit tidak boleh menemani aku lagi
risau aku terhadap engkau hingga segala yang dilakukan serba tidak jadi
bosan engkau tiada di sisi
setiap kali aku lihat engkau terlantar di sebelah aku
tiap kali juga aku menyesal atas perbuatan aku
seharian engkau berjaga semalam menemani aku
walaupun aku telah lena dibawa mimpi
engkau tetap berjaga hingga ke pagi
huh!
maafkan aku
selepas ini aku akan menghantar engkau ke tempat asal engkau dulu
bagi mengubati penyakit engkau
aku berharap engkau sembuh cepat
moga kita dapat terbang bersama
ke negeri firaun
dan berjanji aku tidak sebegitu lagi kepada engkau
sesal tiada guna!

05 October 2009

Thunderbird

Pada hari sabtu lepas lebih 10,000 manusia telah membanjiri perkarangan TUDM Subang. Sejak jam 8.00pagi lagi ramai yang datang merebut tempat paling hadapan. Supaya dapat mengambil gambar dengan lebih jelas.

Antara yang hadir : wartawan, jurugambar, peniaga, polis, rombongan sekolah-sekolah, bekas-bekas tentera, pelancong, rakyat dan anak-anak jati subang..

Barang yang dibawa : KAMERA, makanan, payung, teropong, topi, *disarankan bawak tangga

Aksi-aksi tangkas tentera udara Amerika mengawal jet mereka mengujakan ramai penonton, mereka bersorak-sorak dan ada yang menjerit apabila jet yang mereka kawal sengaja menghala sesama mereka. Takot berlanggar agaknya. Setiap kali jet melintas di atas kepala atau di depan mata setiap itu jugalah KAMERA di naikkan. Aku agak kecewa dengan pencapaian KAMERA aku yang lemah, gagal untuk mengfokus objek yang terlebih jauh dan lambat menangkap gambar. Akhirnya ada sesetengah gambar aku berjaya mengambil gamba asap saja takpun awan nan biru. bukan senang mahu ambil gambar yang tajam jika sebuah KAMERA kerdil berlawan dengan kelajuan Thunderbird. perlukan dslr rasanya tetapi aku tetap sayang kamera kecil ini yang banyak membantu aku mememorikan pengalaman-pengalaman manis yang aku lalui sebelumnya. insyaALLAH akan datang. Sedang mengumpul duit dari sekarang. sikit-sikit lama-lama dapat la duit banyak!

jam 12.30, tamat sudah thunderbird beraksi..
kesan daripada acara ini:
lahir bisikan kecil di dalam hati... " aku mahu jadi 'airforce' " !

huh..



gambar yang gagal:







gambar yang terdaya:













bolehla kan?