14 November 2009

meriah

pagi ini mereka bangun dengan penuh harapan. sejak semalam lagi mereka semua telah berkumpul ke ibu negara mereka semata-mata untuk memberi sokongan padu kepada pasukan tanah air mereka menentang algeria. kemenangan malam ini memberi peluang untuk pasukan mereka layak untuk ke piala dunia tahun depan. lengang jalan raya pagi ini yang selalunya penuh dengan besi beroda empat. perasaan aku memang aneh pagi ini. penduduk-penduduk dibandar ini berkurangan. mungkin mereka semua berkampung disana. *maknanya hari ini aku awal ke kuliah.

petang pula selepas tamat waktu kuliah. pulang aku kerumah. dijalanan berselerakan bendera 3 jalur merah putih hitam. beberapa buah kereta siap dipasangkan bendera tersebut. kompang rebana semua telah berbunyi. jalan mula sesak. semua berpusu-pusu ke warung ataupun ke pusat sukan bagi menyaksikan perlawanan penting malam ini. saat inilah yang mereka nantikan selama ini. semua orang bergerak pantas. tv dirumah sudah mula di buka. mereka cukup fanatik. hidup bola mati bola. pemuda-pemuda juga sudah mula mengenakan jersi pasukan mereka.

malamnya sudah tiba. mereka masih lagi berpusu-pusu ke tempat yang dijanji. agak sesak sedikit. stadium di ibu negara ini mungkin telah penuh hingga tidak nampak lantai stadium. kereta-kereta juga memainkan peranan dalam memberikan sokongan. hon-hon yang dihasilkan sedikit sebanyak memeriahkan malam walaupun mungkin aku menyampah bunyi tersebut. si baju hitam juga sibuk menjalankan tugas menjaga ketenteraman. heboh malam ini.

perlawanan mula
: minit ke-2 dah gol. pertengahan perlawanan agak perlahan. akhir minit gol lagi. jumlah gol 2-0. algeria hampa. tersentak dengan jaringan pada akhir babak perlawanan.

mereka begitu gembira menyambut kemenangan pasukan mereka. gabungan-gabungan suara mereka menghasilkan gelombang getaran yang kuat. tepukan gemuruh kedengaran. percikan bunga api menceriakan langit gelap. api dinyalakan serta dijulang keudara. manusia disini bagaikan sudah gila. bersorak dan terus bersorak. menjerit sekuat hati. anak tekak bagai mahu terkeluar. semua perasaan menyelinap dalam tubuh mereka. pelajar-pelajar melayu juga tidak kurang hebatnya meraikan kemenangan. berlari-lari dalam rumah. tidak tentu hala. sawan. mungkin kitorang tidak pernah merasai perasaan begini. kerna negara sendiri tidak pernah layak sebegini jauh.
*aku terfikir sempatkah aku merasai perasaan begini untuk tanah air sendiri?






sorakan mereka tidak akan berhenti malam ini.

esok pagi mereka mesti ceria. tersenyum lebar tersembul gigi. dan bermula lagi hari-hari mereka seperti sediakala.



*aku masih malas untuk mengulangkaji...



No comments: