31 January 2010

nescaya

kehidupan itu sementara,
jangan disia-siakan kehidupan,
isilah dengan iman dan taqwa,
nescaya terang masa hadapan.


malam itu indah jika ada gerdipan bintang,
lagi indah kalau disertakan dengan bulan,
janganlah dikau gelapkan hati yang terang,
nescaya malaplah kehidupan.


burung juga pandai bernyanyi,
mungkin itu zikir mereka kepada tuhan,
ayuh menginsafi diri,
nescaya tuhan itu termaha pengampun.


yang hijau tiada lagi hijau,
lesap semua untuk kepentingan diri,
syukurlah keatas kurniaan yang esa,
nescaya senantiasa kamu tunduk kebumi.


lautan terbentang semua tahu,
siapa tahu akan isinya,
jadilah orang yang berilmu,
nescaya kamu akan dipandang mulia.


titisan air mata membasahi pipi tembam,
ada yang datang dan ada yang pergi,
bangkitlah dari mimpi semalam,
nescaya itu semua dugaanNYA.


peperiksaan sudah dekat,
jalankan tanggugjawab sebagai pelajar,
abaikan hasutan syaitan lahanat,
nescaya kamu cemerlang lerr..


hasil tangan..





23 January 2010

roti canai satu !!


" Mamak roti canai garing satu !! " aku melaung sekuatnya.

" hahaha...hari ini aku nak melantak habis-habisan roti canai kat kedai ni " niat sudah dipasang awal-awal.

bukan senang nak dapat makanan ini maklumlah aku tidak lagi menetap lama di malaysia cuma beberapa bulan saja. nasib baik lulus semua peperiksaan dapat lama sedikit aku cuti.
5minit kemudian....

" roti canai siap !! " jerit si mamak.

woahh..terhidang sudah roti canai yang panas berasap sehingga boleh mengewapkan cermin mata. di cucuk-cucuk dengan garpu ternyata garing. *berbunyi krrikk2 akibat pecahan kulit roti yang keras itu kuahnya dal yang kuning pekat disajikan bersama membuakkan lagi selera yang sekian lama menagih harapan di negara orang. kari ikan juga tidak ketinggalan. beserta juga milo ais.

langsung aku terus membuat koyakkan pertama pada roti itu. ternyata empukan roti itu membuatkan lelehan di bibir. dicecahkan juga bersama kuahnya tadi. sungguh terpesona. bukaan mulut sejak sajian diatas meja lagi sungguh mengharapkan rasanya yang enak. dipejamkan mata aku memperlahankan langkah membawa koyakkan roti itu masuk kedalam mulut. aku cuba menghayati kenikmatan rezki yang tuhan berikan ini. 43saat juga terhabis untuk ini. masuk sudah kedalam mulut.

kunyahan demi kunyahan. langsung tidak memberi kesan pada roti itu. liat. puas digigit sampai boleh menaikkan marah. berpeluh juga. bila dibuka mata rupanya selimut! ternyata yang tadinya dusta. harapan tinggal harapan. keluh!


nasib baik dalam skrin laptop..


aku pejam mata lagi untuk cerita seterusnya pula.....

19 January 2010

.......................

agak lama tidak memperbaharu post di dalam blog ini. tatkala masa kian sibuk dengan kerja kursus yang di sediakan para tenaga pengajar untuk subjek mereka. selepas ini pula aku akan cuba mengalihkan perhatian pada peperiksaan praktikal dan akhirnya peperiksaan akhir. fikiran jadi buntu dek risau memikirkan peperiksaan. aku pun sampai tiada idea untuk membuat post baru. banyak betul kena baca. itulah kehidupan seorang pelajar. kadang-kadang aku tertewas juga dengan syaitan yang mengajak aku untuk menemankan mereka berdua yang sunyi. si gemok dan si kurus. aku ikutkan saja. akhirnya kerana baik sangat aku pun menyesal dengan diri sendiri... sekarang ini pun mereka berjaya menghasut aku! demmm...



ayuh belajar!
serapkan segala nota-nota dalam kepala...


bye-bye syaitan!!


24 December 2009

panadol kotak merah

dikala waktu demam aku teringat akan seseorang. insan yang molek, penyayang yang di anugerahkan tuhan. bukan awek. dialah yang dipanggil mama. dulu, ketika zaman-zaman sebelum masuk universiti, bila aku sakit dialah yang merawat aku. dialah doktor bagiku. dia menjaga aku sebaik-baiknya. aku tidak akan cari doktor lain selain daripada dia. walaupun aku bukan jenis yang suka menelan ubatan. dia tetap tegar menyuruh aku menelannya. dia juga menyapukan kain basah di dahi ku sambil memicit-micit kepala ku. lakuannya penuh kasih sayang dan keikhlasan. bubur dan sambal ikan bilis menjadi kegemaran aku ketika waktu uzur begini. dia faham keinginan aku waktu ini. disertakan sekali ubat setelah selesai menjamah. aku rindu kenangan itu.

kini aku demam lagi, aku terlantar diatas katil menjamah sisa-sisa waktu untuk pulih. keseorangan. tiada siapa peduli dan tiada siapa yang ingin ambil tahu. aku hanya merenung nasib diatas katil yang tilamnya sudah melengkuk akibat terlalu lama berbaring diatasnya. mungkin aku mati pun tiada siapa yang perasan atau sedar. tiada siapa peduli dan tiada siapa yang ingin ambil tahu. aku bukan artis mahupun sesiapa yang hebat inginkan sanjungan. aku cuma insankecil ciptaan tuhan yang ingin juga merasa apa itu erti sahabat sebenar? aku tidak pernah merasa erti itu. adakah itu sebenarnya erti sahabat sebenar? tetapi aku lihat orang lain bukan sepertimana aku. mungkin sikap dan akhlak aku yang tidak terpuji seperti orang lain. tiada siapa peduli dan tiada siapa yang ingin ambil tahu.

sudah tentu akan ku balas jasa ibu dan ayah kelak. semakin meningkat usia semakin itulah aku terasa jauh dengan mereka akibat kesibukan duniawi. jangalah kita lupa jasa-jasa mereka yang berpenat lelah membesarkan kita. carilah waktu walaupun secebis minit untuk bertanyakan khabar mereka yg merindui kita selalu. sekarang dah terbalik sibuk ada sesetengah pelajar mencari waktu untuk pasangan mereka, setiap hari bertanyakan khabar pasangan. pasal ibubapa langsung tidak kisah, sebulan sekali baru nak bertanyakan khabar itu pun dah kira diskaun, ada yang lebih teruk setahun sekali. kalau pasangan dia sibuk nak tahu, kalau boleh setiap saat. fikir-fikirlah.


aku bukanlah mawi tetapi aku suka akan sawi



haish..ngantukla pula...

17 December 2009

aku anak malaysia

salam maal hijrah. tahun baru islam baru saja melangkah masuk. bersama-samalah kita menjadi lebih baik daripada tahun-tahun lepas. berubah menjadi seseorang yang lebih berguna. dari yang malas kepada rajin, dari yang gemuk kepada kurus, dari yang boros kepada jimat, dari yang jahil kepada berakal. namun tidak semudah itu untuk berubah. masa. amat penting. sedikit demi sedikit kita cuba menjadi yang terbaik. yang penting dalam apa jua sekalipun usaha itu adalah bateri kepada setiap langkah kita untuk terus berubah.

tengah sibuk-sibuk memikirkan azam untuk tahun baru ini. terkejut aku sekeluarga disini dengan kemenangan malaysia keatas vietnam dalam sukan sea. lantas malaysia mendapat pingat emas buat berkurun lamanya. penantian demi penantian untuk rakyat malaysia. akhirnya berakhir juga penantian itu di awal tahun baru.
adakah ini tanda positif kancah bola sepak negara semakin meningkat?
masa inilah semua mahu mengaku anak malaysia. kalau tidak semua senyap saja, malu-malu siput akan negara sendiri. harap kita tidak terlalu bangga dengan pencapaian ini. banyak lagi cabaran dimasa akan datang. tingkatkan lagi mutu permainan. manalah tahu suatu hari nanti sebelum aku mati, nak juga aku lihat malaysia bermain dipersada antarabangsa. sempat ke??

dah aku mahu tidur! banyak lagi baris-baris perkataan yang aku tidak perhatikan lagi. 22 ni ujian lagi.

itulah orang kata hidup itu penuh dengan ujian....

alfatihah~
Allahyarham Dato Mokhtar Dahari. siapakah mampu menandingi beliau sekarang?