16 December 2009

habuk

musim sejuk telah pun melanda daerah ini. baju-baju tebal adalah suatu yang wajib dipakai tika ini. seperti akal manusia menjangkakan jika sejuk mesti ada salji atau pun kabus. ye! tetapi disini langsung tiada salji. kabus itu mungkin ada. itupun jikalau bernasib baik. pada musim-musim beginilah ramai yang tidak hadir ke kelas, atas sebab sejuk, tidak mandi air tiada, malas nak keluar rumah dan sejuk nak keluar rumah. klise. tidak kisah lah semua itu. apa yang dikisahkan disini aku berasa hairan mengapa musim sejuk disini penuh dengan habuk dan jerebu. bekas makanan dan kertas berterbangan menari mengikut irama angin kencang. longlai mengikut arah angin umpama lalang di tiup angin. pepasir asyik di awang-awangan. kotor. lama-lama boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada umat manusia. inilah sikap manusia sendiri. walaupun tong sampah disediakan apa mereka peduli semua itu.
" suka hati akulah nak buang mana!"

sebaiknya jika dijaga setegasnya kebersihan disini tentulah kita dapat menikmati musim sejuk dengan nyaman, udara yang segar. barulah otak dapat berfikir dengan cerdas. tak ngantuk dalam kelas


sedarlah kalian. pentingnya kebersihan itu. pagi tadi mata aku penuh dengan habuk! menyebabkan mata aku kabur di dalam kelas, akhirnya aku lelap. sebagai bakal doktor di nasihatkan kepada semua pakai spek mata dan penutup mulut. jagalah kesihatan anda! dan makan anda! maklumlah musim sejuk membuatkan kita sentiasa lapar walaupun baru lepas makan. err..
*aku tengah diet


janganlah mengharap situasi begini


mengigil-gigil menaip untuk pos ini~



06 December 2009

alahai musim sejuk..


tanda-tanda tibanya musim sejuk :

  • mata sekejap sahaja dapat bertahan pada waktu malam apabila siang pula susah untuk bangun. kesannya di dalam kelas nampak sedikit lengang
  • tangan berasa kebas
  • badan menggigil walaupun pada waktu tengah hari
  • perut mulai berbunyi tidak seperti hari-hari biasa. kelaparan yang amat dasyat
  • kepala mula pening-pening
  • keluar cecair lutsinar dari lubang hidung adakalanya berwarna keemasan
  • berlaku penjimatan air apabila kesejukan yang melampau seseorang tidak akan mandi (untuk sesetengah pihak sahaja) dan berlaku juga penjimatan elektrik sedikit apabila kipas-kipas semua dimatikan
  • berlaku pembaziran wang. semua sibuk mencari baju sejuk yang mahal dan berkualiti, selimut yang tebal, minyak wangi ( bagi menggantikan mandi untuk berbau harum), makanan. tidak kisahlah duit masing-masing~
  • gemuk
  • anggota polis disini memakai seragam hitam
  • tingkap-tingkap rumah ditutup
  • lalat yang dulunya pernah menjadi musuh lenyap daripada pandangan
  • gejala merokok berleluasa

terdapatnya tanda-tanda diatas dipersekitaran anda bermaksud musim sejuk telah melanda.

tidak sabar mahu berseronok main asap yang keluar dari mulut nanti..



05 December 2009

selamat pagi

Aduh! pagi-pagi lagi aku dah bekerja. entah hari ini aku rasa malas saja mahu melakukan rutin harian aku. menjadi hamba kepada tuanku. acapkali mengikut sahaja perintah dia. nyampah pun ada juga. tetapi semua rakan-rakan aku yang lain pun senasib dengan aku. kami dilahirkan untuk dijadikan hamba kepada tuan kami. apakandaya~



sebelum ini cuti. sebuk menghabiskan masa bersama tuanku dengan permainan-permainan komputer, internet dan adalah sedikit buku-buku berbagai genre. tapi pagi ini, aku terpaksa pula melihat jantung buruk entah kepunyaan siapa. keturunan-keturunan tuanku mungkin. berat sangat badan aku hari ini. terasa seperti sebuah batu konkrit mampat seberat lebih
10kg di ikat pada badan aku. berat sekali aku rasakan. tenat. penat tuanku menahan aku, memberi sokongan padu kepada aku untuk terus bekerja. fokus menghadap jantung. namun aku tahu pemikiran tuanku sudah lain. tiada lagi fokus kepada si botak yang sibuk menerangkan bahagian dan fungsi objek itu. tuanku memujuk aku untuk bersabar menunggu masa berlalu. " lepas ini kita rehat ye.. "




sejam berlalu..



kelas tamat..kami terus bergegas pulang...rehat bersama-sama, diatas sofa empuk. kejap lagi aku akan bangkit dan bekerja semula demi tuanku bagi membantu dia membuat sakibaki kerjanya di kuliah.



tido~~


04 December 2009

penambahbaikan

entah begitu kenapa hari ini aku begitu sibuk mengubah-mengubah blog ini. dari pagi hinggalah ke petang. bukan kerana tidak puas hati dengan blog ini, cuma mahu nampak lebih segar, pengisian dan lawa.
"tidaklah secantik bunga mawar yang mekar mewangi cukup sekadar bunga tahi ayam yang segar berseri"
tidak banyak mana pun berubah. sedikit penambahan saja. sebenarnya mahu juga aku menjadikan blog ini semat seperti blog-blog hebat yang lain. hehe :)



dah siap penambahbaikan!
*mungkin akan diubah lagi akan datang~



terima kasih.


03 December 2009

2hari lagi

aku menghitung hari-hari cuti yang makin lama makin sedikit. masa berlalu amat pantas meninggalkan aku jauh dibelakang. kini tinggal 2hari sahaja yang tinggal. selepas ini aku akan melakukan aktiviti-aktiviti normal sebagai seorang penuntut disini. peperiksaan yang bakal menjelma langsung tidak memberi stimulus untuk aku mengulangkaji. aku bermain dan terus bermain. bertawa ria dalam duka dan suka. lupakan masalah. seperti hilang pedoman


jumaat...



Sabtu...





bilakah minggu sebegini kembali?