15 August 2009

kenangan

petang yang agak panas tadi menjadi sedikit sejuk dengan bantuan hujan yang turun agak lebat sekarang. gembira sekali bila mendengar setiap kali butiran hujan jatuh pecah ke atap kereta.lame tidak mendengar bunyian itu. sukar di "sana" untuk mendengar bunyi-bunyi bergini. kerana di"sana" memang jarang hujan turun. lagi-lagi bile waktu panas sekarang. jangan harap hujan nak turun. ada pun tekadang kejap saja. tidak bes! "hujan badan" adalah.

hmm..indah betul dapat menghayati suasana hujan sambil menghirup teh yang panas.. melihat keadaan luar rumah yang kebasahan. pokok-pokok melambai bagai gembira menyambut hujan yang turun. aku seperti mau turut serta bersama mereka.



begitu indah engkau hujan!




















oh hujan..mengapa engkau turun? adakah disebabkan katak memanggil kamu?


teringat aku di zaman sebelum matang. waktu-waktu beginilah aku bermain hujan bersama kawan-kawan. dimarah bersama-sama, gelak bersama-sama. senang sekali. sekarang semua sudah tiada di sini. pergi merata tempat untuk menyambung pelajaran. tinggallah aku seorang di sini menghabiskan cuti keseorangan. alangkah indah kalau masa itu dapat aku kembalikan semula. ingin aku bermain sepuas-puasnya jikalau aku tahu aku tidak akan dapat bermain seperti dulu lagi. hmm~ bilakah dapat aku kembalikan masa itu??



seronoknya~~




inilah kereta yang kuyup terkena hujan






sekeluarga ayam pun turut basah menikmati hujan



akibat hujan :


padang basah...so NO FOOTBALL TODAY!!





hmmm.....





. . . . . . . . . . . . . . . .





memikirkan aktiviti apa yang perlu diisi bagi mengisi kekosongan waktu...







terus memikir...






dan....









ZZzzZZzzZzZZ




1 comment:

awk sye said...

dh agk dh..
tdo je la...