09 September 2009

si cacat

pagi hari ini. suasana pagi sungguh syahdu(sayup-sayup angin meniup kepala rambut) aku memasang hasrat untuk ke KL bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi bulan ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi. semangat raya tahun ini kurang, tidak seperti raya-raya yang sebelumnya..tahun ini begitu malas hendak keluar membeli baju-baju raya, baju melayu pun tidak beli. guna yang lama saja..jimat~
menanti bas yang lambat tiba menimbulkan rasa marah dan berang tetapi dek kerana suasana persekitaran yang redup sejuk meredakan perasaan. rapidKL tiba 20minit selepas penantian menuju ke KL sentral. setibanya di sana aku menyambung perjalanan ke Bank Negara. keretapi sampai lagi 15minit. jadi terpaksa menunggu lagi. aku duduk bersendirian dibalik tiang. tiba-tiba...seorang cina botak cacat berbekalkan kerusi roda memanggil aku dari belakang.

"encik-encik boleh tolong ka? can you support me sir?? i sell this thing..can you buy it for me?"

"how much?"

"rm5 only...can u support me sir?"

"yes, sure.."

aku sangat bersimpati dengan nasib si cacat itu. dan menghulurkan sejumlah wang kepada die dan die membalikkan wang tersebut dengan sebuah 'keychain'




















sebelum dan selepas dibuka


selepas itu, tetiba die tarik muka ak cium pipi ku. aku mula-mula tidak menyangka yang bukan-bukan. mungkin cium sebagai tanda begitu terima kasih. aku tersentak apabila dia bertukar menjadi buas apabila cuba mencium mulut aku. @^%#!! aku menolak tangan dia yang memegang kepala aku tetapi dia memegang tangan aku pula dan tidak mahu melepaskan aku. dia menyuruh aku untuk memeluknya pula di bahu..aku pun bagi lah sebagai tanda simpati aku kepada dia. lepas itu dia meminta nombor telefon bimbit, aku pun bagi la yang nombor mana-mana entah, mukanya masih mengharap untuk mencium aku lagi..
dia bersuara:

"are you LOVE me?? are married? how old are you?"

"yes, i love you just for friend not more than that..and i 26 years old have married and have 2 son", aku balas..

"do you have boyfriends?? can you give me special love for me??"

"NO NO NO NO......!!!"



aku pun berlari meninggalkan si cacat ke tempat yang lebih ramai orang.

terpinga-pinga kebingungan sambil menanti keretapi....


langsung menghilangkan mood pagi!!


pesanan mangsa: jangan bersendirian

21 August 2009

leceh


pada hari ini aku terpaksa mengambil latihan menunggang motosikal yang sekian lama tertangguh dek sibuk menyambung pelajaran.leceh betul rasanya. agak lama menunggu pelatih untuk membenarkan aku untuk menunggang motosikal. pagi yang sunyi cuma 3 orang saja yang ada disitu. suasana sepi dan mengantuk. dan kira-kira 9.00pagi barulah semua murid dibenarkan menunggang motosikal. terketar-ketar kaki kerana lama sudah tidak menunggang motosikal ini. aku mencuba motosikal kawasaki baru yang tidak pernah aku lihat sebelumnya di pusat pengajian ini. agak gembira kerana bukan senang hendak naik motor tersebut. susah nak dapat. belum sempat aku hendak memulakan perjalanan aku dimarahi oleh pelatih yang melihat aku tidak begitu yakin menunggang motor tersebut. perasaan suka menjadi duka kerana hampa tidak dapat menaiki motosikal baru. akhirnya aku hanya menaiki motorsikal lama saja. ber'sukalah' aku selama sejam lebih disitu. hitam kulit. makin masa berlalu makin ramailah yang datang. macam-macam ragam manusia aku lihat. ada yang tenang dan ada yang gelojoh ada yang bodoh-bodoh alang. dalam trek ini pun nak bawa moto laju-laju ke? tidak perlulah nak tunjuk ego anda didalam trek ini. tahulah anda memang hebat menunggang motosikal bak "Valentino Rossi"....konon~ patutla kerap kali berlaku kemalangan walaupun pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi mengatasi masalah ini. tetapi sikap kita sebagai penunggang motosikal yang terburu-buru masih tidak boleh diubah lagi. hati batu! buanglah sikap angkuh anda,tidak perlu menunggang motosikal laju-laju. nak kemana pun kan? saja nak menunjukkan yang anda memang cekap menunggang motosikal yang akhirnya meragut nyawa sendiri. ego memakan diri. semoga sama-samalah kita berubah supaya lebih bersabar dijalan raya. aku pun ada gak bawa laju di jalan. hati-hati.
takziah buat keluarga kawan aku yang kehilangan anaknya akibat nahas jalan raya. al-fatihah


bulatan 8



brek kecemasan

*ada buat semua ini di jalan raya??



motosikal lama


semoga aku lulus ujian JPJ nanti pada 3 haribulan 9 ini. tidak ingin aku membuang masa disini
lagi disamping meluat dengan pak JPJ yang garang dan sombong!
senyumlah sedikit tidak rugi apa-apa pun..




15 August 2009

kenangan

petang yang agak panas tadi menjadi sedikit sejuk dengan bantuan hujan yang turun agak lebat sekarang. gembira sekali bila mendengar setiap kali butiran hujan jatuh pecah ke atap kereta.lame tidak mendengar bunyian itu. sukar di "sana" untuk mendengar bunyi-bunyi bergini. kerana di"sana" memang jarang hujan turun. lagi-lagi bile waktu panas sekarang. jangan harap hujan nak turun. ada pun tekadang kejap saja. tidak bes! "hujan badan" adalah.

hmm..indah betul dapat menghayati suasana hujan sambil menghirup teh yang panas.. melihat keadaan luar rumah yang kebasahan. pokok-pokok melambai bagai gembira menyambut hujan yang turun. aku seperti mau turut serta bersama mereka.



begitu indah engkau hujan!




















oh hujan..mengapa engkau turun? adakah disebabkan katak memanggil kamu?


teringat aku di zaman sebelum matang. waktu-waktu beginilah aku bermain hujan bersama kawan-kawan. dimarah bersama-sama, gelak bersama-sama. senang sekali. sekarang semua sudah tiada di sini. pergi merata tempat untuk menyambung pelajaran. tinggallah aku seorang di sini menghabiskan cuti keseorangan. alangkah indah kalau masa itu dapat aku kembalikan semula. ingin aku bermain sepuas-puasnya jikalau aku tahu aku tidak akan dapat bermain seperti dulu lagi. hmm~ bilakah dapat aku kembalikan masa itu??



seronoknya~~




inilah kereta yang kuyup terkena hujan






sekeluarga ayam pun turut basah menikmati hujan



akibat hujan :


padang basah...so NO FOOTBALL TODAY!!





hmmm.....





. . . . . . . . . . . . . . . .





memikirkan aktiviti apa yang perlu diisi bagi mengisi kekosongan waktu...







terus memikir...






dan....









ZZzzZZzzZzZZ




14 August 2009

masak-masak

sibuk didapur bersama bapak aku. memasak.biasalah orang laki masak mudah-mudah saja dah memadai asalkan dapat makan. walaupun tidak seberapa tapi tetap nice!seronok bersama bapak




inilah hasil kerja kami..

sambal telur ikan bilis hangit, keli goreng, sambal udang & kembong goreng(petang punya)~
*sambal hangit akibat leka dengan nurkasih..




mudah:cepat:kenyang:mesra




makan jela apa yang ada






eerRkKk..syukur
sodap!






kata-kata akhir: sayang bapak!!

haiwan pelik

ingin berkongsi bersama haiwan-haiwan pelik yang jarang ditemui di dunia.sungguh cantik kejadian tuhan

jom saksikan
:



axolotl
macam katun pokemon je~

elephant shrew

star nosed mole
pelik betul~

sloth
binatang terlambat di dunia~

saki monkey
putihnya muka!~

the philipine tarsier
matanya yang bulat~

emperor tamarin
sarjan misai~

proboscis monkey
besar betul hidung akibat terlalu bangga agaknya~

pygmy marmoset
tercekik bijik durian kot~

alpaca
macam al-unta?~

shoebill

aye-aye
seram~

matamata turtle
agak pelik jugak~

slender loris
the cutiest~

sphynx
?


*begitu tertarik dengan slender loris..begitu comel..ingin memiliki ia suatu hari nanti..dapatkah?


huhuhu