06 December 2009

alahai musim sejuk..


tanda-tanda tibanya musim sejuk :

  • mata sekejap sahaja dapat bertahan pada waktu malam apabila siang pula susah untuk bangun. kesannya di dalam kelas nampak sedikit lengang
  • tangan berasa kebas
  • badan menggigil walaupun pada waktu tengah hari
  • perut mulai berbunyi tidak seperti hari-hari biasa. kelaparan yang amat dasyat
  • kepala mula pening-pening
  • keluar cecair lutsinar dari lubang hidung adakalanya berwarna keemasan
  • berlaku penjimatan air apabila kesejukan yang melampau seseorang tidak akan mandi (untuk sesetengah pihak sahaja) dan berlaku juga penjimatan elektrik sedikit apabila kipas-kipas semua dimatikan
  • berlaku pembaziran wang. semua sibuk mencari baju sejuk yang mahal dan berkualiti, selimut yang tebal, minyak wangi ( bagi menggantikan mandi untuk berbau harum), makanan. tidak kisahlah duit masing-masing~
  • gemuk
  • anggota polis disini memakai seragam hitam
  • tingkap-tingkap rumah ditutup
  • lalat yang dulunya pernah menjadi musuh lenyap daripada pandangan
  • gejala merokok berleluasa

terdapatnya tanda-tanda diatas dipersekitaran anda bermaksud musim sejuk telah melanda.

tidak sabar mahu berseronok main asap yang keluar dari mulut nanti..



05 December 2009

selamat pagi

Aduh! pagi-pagi lagi aku dah bekerja. entah hari ini aku rasa malas saja mahu melakukan rutin harian aku. menjadi hamba kepada tuanku. acapkali mengikut sahaja perintah dia. nyampah pun ada juga. tetapi semua rakan-rakan aku yang lain pun senasib dengan aku. kami dilahirkan untuk dijadikan hamba kepada tuan kami. apakandaya~



sebelum ini cuti. sebuk menghabiskan masa bersama tuanku dengan permainan-permainan komputer, internet dan adalah sedikit buku-buku berbagai genre. tapi pagi ini, aku terpaksa pula melihat jantung buruk entah kepunyaan siapa. keturunan-keturunan tuanku mungkin. berat sangat badan aku hari ini. terasa seperti sebuah batu konkrit mampat seberat lebih
10kg di ikat pada badan aku. berat sekali aku rasakan. tenat. penat tuanku menahan aku, memberi sokongan padu kepada aku untuk terus bekerja. fokus menghadap jantung. namun aku tahu pemikiran tuanku sudah lain. tiada lagi fokus kepada si botak yang sibuk menerangkan bahagian dan fungsi objek itu. tuanku memujuk aku untuk bersabar menunggu masa berlalu. " lepas ini kita rehat ye.. "




sejam berlalu..



kelas tamat..kami terus bergegas pulang...rehat bersama-sama, diatas sofa empuk. kejap lagi aku akan bangkit dan bekerja semula demi tuanku bagi membantu dia membuat sakibaki kerjanya di kuliah.



tido~~


04 December 2009

penambahbaikan

entah begitu kenapa hari ini aku begitu sibuk mengubah-mengubah blog ini. dari pagi hinggalah ke petang. bukan kerana tidak puas hati dengan blog ini, cuma mahu nampak lebih segar, pengisian dan lawa.
"tidaklah secantik bunga mawar yang mekar mewangi cukup sekadar bunga tahi ayam yang segar berseri"
tidak banyak mana pun berubah. sedikit penambahan saja. sebenarnya mahu juga aku menjadikan blog ini semat seperti blog-blog hebat yang lain. hehe :)



dah siap penambahbaikan!
*mungkin akan diubah lagi akan datang~



terima kasih.


03 December 2009

2hari lagi

aku menghitung hari-hari cuti yang makin lama makin sedikit. masa berlalu amat pantas meninggalkan aku jauh dibelakang. kini tinggal 2hari sahaja yang tinggal. selepas ini aku akan melakukan aktiviti-aktiviti normal sebagai seorang penuntut disini. peperiksaan yang bakal menjelma langsung tidak memberi stimulus untuk aku mengulangkaji. aku bermain dan terus bermain. bertawa ria dalam duka dan suka. lupakan masalah. seperti hilang pedoman


jumaat...



Sabtu...





bilakah minggu sebegini kembali?


02 December 2009

hadiqatulhayyawan.

semalam aku menghabiskan masa terluang dengan melawat zoo di bandar ini. bersama aku terdapat lapan lagi orang sahabat. kitaorang memang tidak menyangka dalam bandar ini rupanya ada zoo. setibanya kami tiba di hadapan pintu zoo kelihatan begitu ramai manusia berpusu-pusu ingin memasuki taman haiwan ini. tangga dipintu masuk dipenuhi dengan sampah tiket. udara dipenuhi dedebu besertakan bau yang mahateramatlah hancing. tidak pasti sama ada dari manusia atau pun haiwan ataupun keduanya sekali. jahanam! adakalanya terjumpa juga kami dengan spesies baru agaknya. rupanya sebijik seperti manusia dan berpakaian. bersuka ria didalam kandang atau sangkar. kecil dan comel. perjalanan di dalam zoo menarik. dan menarik tumpuan penduduk disini dengan kelibat kami. pelik melihat kami didalam zoo.

aku tidak puas hati dengan cara pengusaha zoo menjaga haiwan-haiwan mereka. kejam. mereka tidak seharusnya mengurung harimau, singa, kuda belang, badak air di tempat yang sempit. kandang haiwan tersebut juga kotor. dihiasi dengan plastik dan bekas minuman air. lagi menghiris hati apabila seekor burung helang dan merak di tempat kan didalam sangkar berpasir. bagi burung helang amat lah tidak sesuai untuknya kerana burung memerlukan ruang yang besar untuk terbang. kuda belang juda nampak tidak bermaya dan rambutnya juga semacam tidak terjaga. tidak patut! bangau juga hampir togel akibat makan-makanan aneh dan tasik di sangkar mereka juga telah kering.

harap pengusaha zoo disini lebih peka mengenai masalah ini. bukan hanya sibuk mengejar keuntungan sampai sanggup menyiksa haiwan-haiwan liar ini. bukankah mereka juga mempunyai perasaan? ataupun anda yang tidak perasan? ataupun anda tiada perasaan?



spesies baru yang diperkatakan tadi..

lagi spesies baru

kuda belang seakan tidak mendapat nutrisi yang baik.



singa pula diletakkan didalam kandang yang agak sempit dan membosankan.


tiada tempat untuk sang helang bertenggek.


bangau gersang mendapatkan air.

dari manakah bungkusan putih ini datang? babun giler!


trademark negara ini.



kasihanilah mereka.... :(

hilang mood pergi zoo~~


tekadang kita lupa mereka juga memerlukan belaian manja dan kasih sayang